Kebaikan Program Kitar Semula

  1. Kebaikan Mengadakan Program Kitar Semula
  2. Karangan Program Kitar Semula
  3. Kebaikan Program Kitar Semula Hidup

KUALA LUMPUR: Kesedaran rakyat Malaysia perlu ditingkatkan bagi mengurangkan pembuangan sisa pepejal yang semakin bertambah, selari pertumbuhan penduduk di negara ini.

Dec 03, 2017 Kita boleh mengasingkan sampah seperti kaca, kertas, dan aluminium. Umpamanya, Majlis Bandaraya Johor Bahru melaporkan bahawa masalah sampah di sekitar kawasan Johor Bahru dapat diatasi melalui program kitar semula. Jelaslah, akitiviti kitar semula dapat mengurangkan jumlah sampah yang dibuang merata-rata tempat.

  • Ipendidikan » Karangan » Kebaikan Dan Kepentingan Amalan Kitar Semula Kepada Manusia Disemak dan dikemaskini pada pukul 10:19 pm, 12 November 2020 Penulisan karangan Bahasa Melayu menguji kebolehan para pelajar dalam memberikan idea yang bernas dan penggunaan Bahasa Melayu yang betul serta tepat.
  • Antara bahan yang boleh dikitar semula ialah tin-tin kosong, plastik, kertas dan tayar-tayar lama. Pelbagai program yang dianjurkan oleh Dewan Bandaraya untuk membuka mata masyarakat tentang kebaikan kitar semula. Malangnya, program-program sebegini.

Usaha untuk menjamin kelestarian alam sekitar itu berupaya dicapai menerusi konsep baharu, 5R iaitu 'Refuse, Reduce, Reuse, Recycle, Recovery' atau 'Tolak, Kurangkan, Guna Semula, Kitar Semula dan Pemulihan'.

Ketua Pegawai Eksekutif Alam Flora Sdn Bhd, Datuk Mohd Zain Hassan, berkata penerapan konsep 5R berdepan rintangan sukar jika tidak mendapat sokongan segenap lapisan masyarakat.

Kegagalan itu, katanya, bakal memberi impak kepada objektif kerajaan untuk mencapai sasaran kadar kitar semula sebanyak 22 peratus menjelang 2020.

'Rakyat Malaysia diyakini sudah memahami dan mengamalkan kitar semula sama ada di rumah atau di pejabat, namun skalanya boleh ditingkatkan.

'Antara kejayaan yang ditempa adalah di Kampung Baru ini apabila pengetahuan mengenai kitar semula semakin baik.

'Ia diterjemahkan menerusi jumlah kutipan sisa kitar semula dari kawasan ini mencapai dua tan sejak sistem pengasingan sisa di peringkat sumber diperkenalkan tiga tahun lalu,' katanya berucap pada program Keajaiban 3R, di sini, pagi ini.

Kebaikan Mengadakan Program Kitar Semula

Yang turut hadir, Menteri Kewangan II, Datuk Seri Johari Abdul Ghani; Pengarah Eksekutif (Pembangunan Sosio-ekonomi) Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Datuk Ibrahim Yusoff dan Pengerusi Perbadanan Pembangunan Kampung Baru, Datuk Affendi Zahari.

Mohd Zain berkata, penambahan dua R pada peringkat permulaan dan terakhir, iaitu 'tolak' dan 'pemulihan' tidak semestinya dilakukan secara drastik.

Katanya, usaha itu sebaliknya boleh disemai di peringkat asas sehingga ia berupaya menyuntik disiplin dalam diri, keluarga, jiran tetangga dan rakan.

'Berdasarkan paksi ini, Alam Flora melancarkan program transformasi kawasan perkhidmatan, iaitu 'satu penyelia, satu kawasan' atau 1S1T yang bertujuan untuk menceriakan kawasan, sekali gus memberi manfaat kepada masyarakat setempat,' katanya.

Sebagai program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) Alam Flora, 1S1T mula mengorak langkah pasca pelancarannya di peringkat Wilayah Persekutuan oleh Datuk Bandar Kuala Lumpur, Tan Sri Mhd Amin Nordin, pada November tahun lalu di Kampung Malaysia Raya.

Karangan Program Kitar Semula

Program

Kebaikan Program Kitar Semula Hidup

Pelancaran peringkat negeri Pahang pula diadakan di Temerloh pada Disember, tahun lalu.